Swinger, sewa pasangan kian membarah?

Swinger, sewa pasangan kian membarah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERCAYA atau tidak, gejala swinger atau pasangan yang sudah berkahwin bertukar-tukar pasangan dengan pasangan yang lain, sudah menular dalam kalangan orang Melayu sejak sekian lama.

Tinjauan Seri di satu laman media sosial mendapati terdapat satu kumpulan ditubuhkan bertujuan untuk ‘mengiklankan’ aktiviti tidak bermoral itu.

Tatalan di dalam kumpulan tersebut turut mendapati beberapa hantaran yang mengajak melakukan hubungan intim beramai-ramai.

Tidak kurang juga ada yang meminta untuk menyewa isteri orang lain dan komen balas pula bertanyakan berapa yang sanggup diberikan selama satu malam jika mereka menyewakan isteri.

Mereka ini dilihat lebih cenderung untuk memilih isteri orang berbanding pelacur untuk memuaskan nafsu serakah.

Pengamal Undang-undang Syariah, Muhammad Amirul Akmal Ismail berkata, kegiatan swinger kebiasaannya dilakukan oleh golongan ternama.

Berdasarkan kes yang pernah diuruskan, aktiviti dilakukan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.

“Mereka bertukar-tukar pasangan intim dengan rakan sepejabat, mungkin kerana lebih berhati-hati agar tidak terkena jangkitan kelamin sekiranya melakukan dengan orang tidak dikenali.

“Sepanjang lima tahun bergelar pengamal undang-undang syariah, sekitar lima kali saya menguruskan kes sebegini, jadi ia memang ada dalam kalangan kita,” katanya yang juga Pengurus Amirul Akmal & Associates.

Tambahnya, kes sebegini selalunya akan berakhir dengan penceraian kerana masing-masing tidak boleh lagi memuaskan nafsu sesama sendiri.

“Kami akan nasihatkan mereka bercerai secara baik dan melakukan beberapa perjanjian berkaitan mutaah, penjagaan anak, pembahagian harta dan sebagainya supaya kes tidak berpanjangan dan tidak perlu dibicarakan,” jelasnya.

Cerai lepas kena HIV-AIDS
DALAM kes lain, ada pasangan suami isteri menggunakan alasan terpaksa berkahwin kerana aturan keluarga menyebabkan mereka mengamalkan konsep perkahwinan terbuka.

Konsep sebegitu menjerumus mereka kepada kehidupan bertukar-tukar pasangan kelamin.

Hingga suatu tahap, si isteri terdetik penyesalan kerana sudah jauh bergelumang dengan dosa dan mahu menjadi isteri yang baik mengikut tuntutan agama.

Isteri menasihatkan suami meninggalkan perbuatan terlarang ini tetapi suami enggan.

Sudahnya, kedua-dua mereka disahkan menghidap HIV-AIDS akibat seks bebas itu.

Kisah itu dikongsikan Pengamal Undang-undang Syariah, Muhammad Hafizuddin Muhammad yang menguruskan kes berkenaan pada tahun lalu.

Katanya, dia turut didatangi si isteri yang mahu memfailkan penceraian terhadap suami.

“Kita akan nasihatkan perceraian dibuat secara persetujuan bersama dulu. Dalam hal ini, peguam akan menghantar notis tuntutan (Letter of Demand) kepada suami untuk mencadangkan perceraian secara persetujuan bersama di bawah peruntukan Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

“Selain itu, menurut peruntukan sedia ada, pembubaran perkahwinan boleh dibuat secara fasakh di bawah Seksyen 52,” katanya. Bagaimanapun, katanya, pembubaran perkahwinan secara tuntutan sabitan fasakh perlu melalui perbicaraan dan pembuktian yang teratur.

“Dalam kes ini, suami setuju bercerai secara persetujuan bersama dan bukan fasakh. Ini dapat memelihara keaiban terutamanya pihak satu lagi kerana tidak perlu melalui perbicaraan,” katanya

Cari seronok cara berbeza

Swinger adalah golongan pencari keseronokan dengan cara yang berbeza.

Ketua Seksyen Kerjaya Bahagian kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd. Redzuan Zamberi berkata, mereka cenderung untuk mencari kenikmatan dalam hubungan kelamin walaupun perkara itu diketahui melampaui batas.

Malah, mereka juga tidak juga teragak-agak untuk mencuba sesuatu yang baharu bersama pasangan.

Kesannya, budaya yang diikuti dari negara Barat itu hanya akan memporakperandakan rumahtangga yang dibina.

“Kesannya sangat besar kerana apabila suami yang sepatutnya menjadi pemimpin dan melindungi isteri dan keluarga melakukan sebaliknya, maka akan berlaku perbalahan sesama sendiri.

“Sepatutnya apabila berkahwin suami mempunyai hak eksklusif ke atas isteri tetapi sebaliknya dipertonton dan diperdagangkan pula demi secebis kepuasan,” katanya.

Mengulas mengenai kenapa kebiasannya pasangan terbabit akan berakhir dengan penceraian, katanya, apabila sudah lama melakukan perkara tersebut, lama-lama akan timbul rasa jijik terhadap isteri sehingga mahu berpisah.

“Perkahwinan boleh diselamatkan sekiranya keduadua mahu bertaubat, insaf dan kembali kepada tanggungjawab sebenar,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×