Son Heung Min mohon maaf, misi 64 tahun gagal ditamatkan

Son Heung Min mohon maaf, misi 64 tahun gagal ditamatkan

SON Heung Min tertunduk kecewa selepas gagal membantu Korea Selatan mara ke final Piala Asia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kekalahan di tangan Jordan  2-0 menyaksikan kapten Korea Selatan Son Heung Min memohon maaf kepada penyokong-penyokong Taeguk Warriors di atas kegagalan menamatkan kemarau 64 tahun untuk menjulang Piala Asia.

Bintang Tottenham itu mengakui Jordan berhak menang kerana pasukannya tampil gugup dan cuba untuk mengelak untuk melakukan sebarang kesilapan sehingga menjejaskan rentak permainan sebenar mereka.

Kedudukan Jordan di ranking ke-87 dunia manakala Korea Selatan 23 tidak menunjukkan perbezaan ketara pada aksi separuh akhir berkenaan.

“Sangat kecewa dengan keputusan ini. Jordan mengharungi perjalanan menakjubkan di kejohanan ini. Mereka berhak menang, mereka berjuang hingga ke akhir, bagi kami ia malam yang mengecewakan,” kata Heung-min.

Jaringan Yazan Al- Naimat dan Mousa Al-Taamari membawa Jordan ke pentas akhir dan menanti lawan mereka sama ada Iran atau Qatar bagi aksi final yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Lusail.

Taeguk Warriors kali terakhir menjulang Piala Asia kali terakhir pada 1960.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN