Safawi, Akhyar perkuatkan Terengganu

Safawi, Akhyar perkuatkan Terengganu

AKHYAR Rashid (kiri) dan Safawi Rasid akan menguatkan jentera serangan Terengganu musim ini.-IHSAN TFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu berjaya mengikat duo pemain sayap Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025 selepas mengumumkan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid menjadi pemain baharu mereka.

Penyertaan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal menambah sengat jentera serangan kerana kedua-dua pemain sayap lincah itu memiliki kekuatan mengelecek, kelajuan dan sentuhan gol.

Safawi dan Akhyar telah menandatangani kontrak untuk bersama Terengganu FC sebagai pinjaman dari JDT untuk tempoh semusim.

Safawi akan menyarung jersi bernombor 11 manakala Akhyar memakai jersi 33 bersama skuad Sang Penyu musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya