Pengiraan cepat undian Pemilu dilakukan selama dua jam

Pengiraan pantas undian Pemilu dilakukan selama dua jam, keputusan tidak rasmi pukul 3 petang

SEORANG wanita membuang undi dalam pilihan raya presiden dan perundangan Indonesia di pusat mengundi di Banjar Teba, Jimbaran di pulau peranginan Bali hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Proses pengiraan cepat atau keputusan tidak rasmi pemilihan Pilihan Raya Umum Indonesia (Pemilu) 2024 boleh dilakukan selama dua jam selepas tempoh mengundi tamat iaitu pada pukul 1 tengah hari di barat Indonesia.

Lapor Kompas.com, menurut Pasal 449 ayat (5) Undang-Undang Pemilu, pengumuman perkiraan hasil penghitungan cepat hanya dapat dilakukan selambat-lambatnya dua jam setelah selesainya pemungutan suara di wilayah barat Indonesia. 

Pengundian dijadualkan selesai pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan.

Oleh itu, kiraan pantas baharu boleh diumumkan pada pukul 3 petang (waktu tempatan) dengan pelarasan masa di kawasan-kawasan tertentu. 

Mereka yang melanggar ketentuan ini diancam dengan penjara setahun enam bulan serta denda puluhan juta rupiah.

“Pelaksana kegiatan penghitungan cepat yang mengumumkan perkiraan hasil penghitungan cepat sebelum dua jam setelah pemungutan suara di wilayah barat Indonesia sebagaimana dimaksud dalam Pasal 449 ayat (5), dihukum penjara paling lama. 

“Satu tahun enam bulan dan denda paling banyak Rp18 juta,” menurut Pasal 540 ayat (2) Undang-Undang Pemilu. 

Pihak yang ingin mengadakan kiraan cepat dikehendaki mengikut peruntukan yang ditetapkan, salah satunya mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) selewat-lewatnya 30 hari sebelum mengundi. 

Pelaksana kiraan pantas juga dikehendaki mendedahkan sumber dana dan metodologi yang digunakan. 

Termasuk mengumumkan kepada umum bahawa keputusan kiraan cepat itu bukanlah keputusan rasmi penganjur pilihan raya.

Pemilihan ini bukan hanya untuk memilih presiden dan wakil presiden, tetapi juga anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD), Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (DPR), Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Provinsi (DPRD), dan DPRD Kabupaten atau Kota. 

Pengundi boleh mengundi di pusat mengundi (TPS) dari pukul  7 pagi hingga 1 tengah hari  waktu tempatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×