Nooa milik Selangor FC

Nooa milik Selangor FC

Nooa Laine itu akan beraksi secara pemain pinjaman bersama Selangor FC dalam tempoh setahun.-IHSAN SFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain berdarah campuran Finland-Malaysia, Nooa Laine itu akan beraksi secara pemain pinjaman bersama Selangor FC dalam tempoh setahun (dengan pilihan untuk dibeli secara tetap) bagi menghadapi saingan musim 2024/2025.

Berdasarkan kenyataan media, Selangor FC memaklumkan kehadiran Nooa akan memperkuatkan jentera tengah pasukan Gergasi Merah itu.

“Nooa Laine adalah pemain baru kelima diperkenalkan untuk membarisi skuad utama selepas Selangor FC memperkenalkan pemain pertahanan, Umarbek Eshmurodov; penyerang Chile, Ronnie Fernández; pemain sayap, Alvin Fortes dan penjaga gawang muda, Azim Al Amin, baru-baru ini,” menurut kenyataan terbabit.

Nooa yang memulakan kariernya bersama JJK Jyvaskyla pada 2018, merekodkan 15 penampilan dan satu gol.

Dia kemudiannya menyertai skuad remaja HJK Helsiniki, Klubi 04 selama dua musim (2019 dan 2020) dengan merekodkan 26 penampilan dan lima gol.

Seterusnya bersama Seinajoki, namanya mula menyerlah dan dalam tempoh tiga musim iaitu 2021-2023) dan telah merekodkan 64 perlawanan serta empat gol.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN