Kedah mahu lahir lebih ramai pemain skuasy

Kedah mahu lahir lebih ramai pemain skuasy

BARISAN pemain wanita, (dari kiri) Aifa, Aira, Rachel dan Sivasangari bergambar bersama pemain Nepal sebelum aksi Kumpulan B bermula pada Sukan Asia di Hangzhou, China tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Kedah optimis akan terus menjadi pusat pembangunan melahirkan atlet skuasy bertaraf dunia dan mampu mengharumkan nama Malaysia.

Exco Belia dan Sukan Kedah, Muhamad Radhi Mat Din berkata, dengan adanya gelanggang skuasy berskala besar yang telah siap di Alor Setar, maka ia sedikit sebanyak dapat membantu atlet di negeri itu meningkatkan tahap permainan dan mencipta lebih banyak kejayaan.

Jelasnya, ketika ini Kedah mempunyai 30 hingga 40 pemain pelapis merangkumi lelaki dan perempuan dalam pelbagai peringkat umur.

“Sukan skuasy memang kita fokus (memberi tumpuan utama) dan saya ucap terima kasih kepada Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Hannah Yeoh bagi gelanggang baru (skuasy).

“Sekarang ini kita ada pelapis dalam 30 sehingga 40 pemain dalam pelbagai peringkat umur untuk sukan skuasy selain banyak lagi bagi sukan lain,” katanya ketika ditemui di Menara KBS baru-baru ini.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu, Hannah menyerahkan pembangunan Pusat Skuasy Kedah di Alor Setar bernilai RM10.8 juta.

Gelanggang baharu itu, dilengkapi fasiliti bertaraf dunia dan lebih selesa seperti kemudahan lapan gelanggang, astaka penonton, bilik persalinan, surau, bilik jurulatih, bilik teknikal dan bilik sokongan.

Untuk rekod, selain pemain skuasy adik-beradik wanita kebangsaan, Aira dan Aifa Azman, S Sivasangari juga antara atlet kelahiran Kedah yang telah meraih pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya