Enam kanak-kanak Gaza maut akibat dehidrasi, kurang zat

Enam kanak-kanak Gaza maut akibat dehidrasi, kurang zat makanan

SEORANG kanak-kanak Palestin berbaring di atas katil di Hospital Abu Youssef al-Najjar, manakala penduduk Gaza menghadapi krisis tahap kelaparan dan kekurangan zat makanan yang meningkat di Rafah, selatan Gaza
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Enam kanak-kanak maut akibat dehidrasi dan kekurangan zat makanan di hospital-hospital di utara Gaza.

Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang terkepung berkata, keadaan itu berlaku sewaktu situasi bencana kemanusiaan di kawasan yang dikepung semakin teruk.

Dua kanak-kanak meninggal dunia di Hospital al-Shifa di Bandar Gaza, kata kementerian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini dilaporkan empat kanak-kanak meninggal dunia di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, manakala tujuh lagi masih dalam keadaan kritikal.

“Kami meminta agensi antarabangsa untuk campur tangan segera bagi mengelakkan malapetaka kemanusiaan di utara Gaza,” 

“Masyarakat antarabangsa sedang menghadapi ujian moral dan kemanusiaan untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra dalam satu kenyataan.

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Ahmed al-Kahlout berkata, hospital itu tidak beroperasi kerana kekurangan bahan api untuk menjalankan penjananya. 

Pada Selasa lalu, Hospital Al-Awda di Jabalia juga tidak beroperasi atas sebab yang sama.

Dalam video yang disiarkan di Instagram dan disahkan oleh unit pengesahan Sanad Al Jazeera, wartawan Ebrahem Musalam menunjukkan seorang bayi di atas katil di dalam jabatan pediatrik di Hospital Kamal Adwan.

Ebrahem berkata, kanak-kanak di jabatan itu mengalami kekurangan zat makanan dan kekurangan susu formula bayi dan peranti yang diperlukan berhenti berfungsi kerana bekalan elektrik sentiasa terputus akibat kekurangan bahan api. -Al Jazeera

​

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini