BAITULMUQADDIS: Enam kanak-kanak maut akibat dehidrasi dan kekurangan zat makanan di hospital-hospital di utara Gaza. Kementerian Kesihatan di wilayah Palestin yang terkepung berkata, keadaan itu berlaku sewaktu situasi bencana kemanusiaan di kawasan yang dikepung semakin teruk. Dua kanak-kanak meninggal dunia di Hospital al-Shifa di Bandar Gaza, kata kementerian itu. Sebelum ini dilaporkan empat kanak-kanak meninggal dunia di Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, manakala tujuh lagi masih dalam keadaan kritikal.…










