AS rangka resolusi gesa gencatan senjata di Gaza

AS rangka resolusi gesa gencatan senjata di Gaza

Amerika Syarikat gagalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB iktiraf Palestin - Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merangka resolusi Maj­lis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang menggesa gencatan senjata sementara di Gaza dan menentang serangan darat Israel di bandar Rafah.

Lapor Al Jazeera, kandungan draf itu menekankan sokongan UNSC terhadap gencatan senjata sementara di Gaza berdasarkan formula semua tebusan dibebaskan dan juga melepaskan semua halangan kepada peruntukan bantuan kemanusiaan secara berskala di Gaza.

Draf AS juga memberi amaran kepada Israel supaya tidak me­lancarkan serangan darat di Rafah dengan UNSC harus menekankan bahawa serangan darat besar seperti itu tidak boleh diteruskan berikutan keadaan semasa.

Israel berkata, mereka me­rancang untuk menyerang Rafah di mana lebih 1.4 juta daripada 2.3 juta rakyat Palestin di Gaza mencari perlindungan.

Menurut PBB, rancangan tersebut menimbulkan kebimbangan antarabangsa yang meluas bahawa langkah sedemi­kian akan membunuh sejumlah besar orang awam dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza yang berada di ambang kebuluran.

Algeria, anggota Majlis Ke­selamatan Arab mengemukakan draf resolusi awal lebih dua minggu lalu yang akan menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dalam perang Israel-Hamas.

Draf resolusi Algeria sepatutnya diundi semalam. Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield sebelum ini memberi isyarat bahawa hal itu akan diveto kerana menyifatkannya sebagai boleh menjejaskan run­dingan sensitif ke atas tawanan yang dibawa oleh Hamas dan kumpulan bersenjata lain dari Israel ke Gaza pada 7 Oktober lalu.

AS, Mesir, Israel dan Qatar mengadakan rundingan me­ngenai potensi gencatan senjata Israel-Hamas dan pertukaran tawanan yang ditahan oleh Hamas untuk tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Melaporkan dari ibu pejabat PBB di New York, editor diplomatik Al Jazeera James Bays berkata, draf resolusi Washington nampaknya menunjukkan perubahan ketara.

“Buat pertama kalinya, AS mencadangkan perkataan gencatan senjata. … Itu penting ke­rana Israel tidak mahu perkataan gencatan senjata dalam sebarang resolusi dan kini AS yang mencadangkannya.

“Draf AS kini membangkitkan idea gencatan senjata tetapi tidak mengatakan perlu segera, …. jadi, ini mungkin tidak boleh diterima oleh Russia,” kata Bays.

Sejak 7 Oktober lalu, Wa­shington berusaha untuk melindungi sekutunya, Israel daripada tindakan PBB dan dua kali memveto resolusi UNSC.

Tetapi ia juga berkecuali dua kali, membenarkan UNSC menerima pakai resolusi yang bertujuan untuk meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menyeru agar jeda kemanusiaan segera dan berpanjangan dalam pertempuran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN