JUJURNYA, Cik Bunga langsung tak terkejut apabila ada yang beritahu mengenai perangai seorang artis senior ini.
Memang orang dalam industri seni ini sudah tahu perangainya macam mana. Berangan diva macam dia seorang sahajalah yang pandai berlakon dan terbaik.
Semua orang habis dipandangnya rendah dan macam tak sebagus dia. Eh! Geram juga Cik Bunga.
Iyalah, ini sudah tahun 2024. Nak bawa perangai macam itu sampai bila? Tak akanlah masih tak boleh terima yang industri seni ini sentiasa akan ada pelapis baharu yang datang mencuba nasib.
Jadi, perlukah sampai pandang artis baharu yang berlakon dengan dia dengan pandangan serong?
Perkara ini pun Cik Bunga dapat tahu daripada orang dalam industri juga yang mendapat aduan daripada ramai budak-budak baharu nak up (BBNU) .
Kasihan pelakon-pelakon baharu ini yang mungkin tak tahu perangai dia macam itu, jadi bila senyum pun salah, bercakap pun dianggap salah.
Budak itu sudah siap baca dan hafal skrip pun dia anggap tak pandai berlakon. Sudahnya, dia sendiri yang asyik terlupa dialog sampai tuan pengarah pula kena bisik di telinganya mengenai kesilapan si aktres tersebut.
Itulah asyik pandang orang sebelah mata, diri sendiri pun ada juga tak betul. Berubahlah lekas. Terima sahajalah ini bukan zaman awak. Lebih baik jaga perilaku, lebih ramai akan sayang dan hormati.










