Tewaskan Jordan, peluang cerah Harimau Malaya mara 16 terbaik

Tewaskan Jordan, peluang cerah Harimau Malaya mara 16 terbaik

Ong Kim Swee (kanan) sewaktu menjadi jurulatih sementara Harimau Malaya ketika Malaysia tewas tipis 2-1 kepada Arab Saudi pada 2015 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berpandangan peluang Malaysia dan Jordan untuk keluar sebagai pemenang pada aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 adalah seimbang.

Pertemuan awal pagi esok adalah sangat penting kepada skuad kebangsaan terutamanya untuk mencerahkan peluang ke pusingan 16 terbaik seandainya mampu menjinakkan Jordan di Stadium Al Janoub.

“Ini perlawanan yang paling penting. Bagi saya perlawanan pertama adalah amat sukar untuk mana-mana pasukan akan mengalami perkara sama.

“Tetapi keputusan pada perlawanan pertama boleh memberi impak pada perlawanan kedua dan ketiga. Jika kita mampu menewaskan Jordan bermakna peluang kita amat cerah untuk layak (ke pusingan 16 terbaik).

“Namun jika seri atau kalah, ia memberi sedikit kesukaran di mana kita tahu perlawanan terakhir adalah menentang Korea Selatan yang merupakan pasukan pilihan.

“Bukan saya kita kita tidak mampu menewaskan Korea Selatan tetapi secara realistik atau atas kertas, sudah tentu mereka mempunyai kelebihan yang besar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Malaysia akan membuka tirai Piala Asia dengan bertemu Jordan awal pagi esok, diikuti Bahrain Sabtu ini di Stadium Jassim Bin Hamad dan bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik yang tidak pernah dicapai pasukan negara dalam tiga penampilan sebelum ini.

Ini adalah kali keempat Malaysia beraksi di Piala Asia selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait serta ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN