Misi bantuan banjir: Pemuda Johor gerakkan 1,300 sukarelawan

Pemuda Johor gerakkan 1,300 sukarelawan jayakan misi bantuan banjir 

NOOR AZLEEN AMBROS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (Pemuda Johor) menggerakkan seramai 1,300 sukarelawan dari seluruh bahagian di negeri ini bagi menjayakan misi bantuan banjir yang sedang melanda enam daerah.

Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, misi bantuan kali ini akan memberi fokus kepada kerja-kerja pembersihan serta lain-lain bentuk bantuan sukarelawan berkaitan pasca banjir.

Katanya, Pemuda Johor berharap usaha ini dapat meringankan beban mangsa banjir agar mereka mampu kembali menjalani kehidupan harian seperti sedia kala.

“Seramai 1,300 orang akan digerakkan bagi menjayakan misi kali ini di beberapa buah kawasan Parlimen yang teruk dilanda banjir kali ini termasuklah di Parlimen Kluang, Kota Tinggi, Tenggara dan Tebrau.

“Sukarelawan adalah terdiri daripada jentera Pemuda UMNO daripada setiap bahagian yang akan mula digerakkan pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh akan turut bersama sukarelawan pada Ahad ini.

Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 4,650 mangsa daripada 1,287 keluarga di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini, setakat pukul 11 pagi ini.

Kota Tinggi merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan seramai 4,021 mangsa diikuti Kluang (350), Segamat (95), Batu Pahat (87), Johor Bahru (80) dan Pontian (17).

Noor Azleen berkata, Pemuda Johor akan turut membantu mengedarkan barang-barang keperluan asas utama yang diperlukan mangsa termasuklah pakaian, bantal, tilam, selimut, bakul makanan dan kit kebersihan.

Katanya, bantuan barangan keperluan ini diterima daripada pelbagai pihak termasuklah daripada Kementerian Pertahanan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sumbangan daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi awam. – UTUSAN

 

NOOR AZLEEN AMBROS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya