Kim Swee pening fikirkan persiapan Piala AFC

Kim Swee pening fikirkan persiapan Piala AFC

SABAH FC memerlukan percaturan taktikal terbaik daripada Ong Kim Swee.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wakil tunggal kelab Malaysia di saingan Asia, Sabah FC berdepan masalah bagi melakukan persiapan menjelang aksi separuh akhir Piala AFC menentang Macarthur FC pada 13 Februari depan.

Meskipun masih memilik masa hampir sebulan sebelum berdepan kelab Australia itu, namun perkara paling membimbangkan The Rhinos adalah mencari pasukan lawan bagi mengadakan perlawanan persahabatan selepas kempen Liga Malaysia (Liga M) telah berakhir tahun lalu.

Tempoh cuti panjang sebelum Liga M bermula Mei depan juga, menyukarkan pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee untuk mencari lawan tempatan bagi memastikan pemain-pemainnya mempunyai minit permainan.

Jelasnya, masalah kewangan yang membelengu pasukan juga menambah kesukaran berkenaan sekiranya mahu mendapatkan lawan dari luar negara.

“Kita sedang cuba mendapatkan perlawanan-perlawanan persahabatan dan itu mungkin satu kekangan untuk kita. Anda (wartawan) tahukan pasukan-pasukan lain juga belum mula berlatih lagi.

“Terutama pasukan-pasukan Malaysia dan kita terpaksa memikirkan cara lain dengan mendapatkan perlawanan persahabatan di luar negara ataupun membawa pasukan luar negara datang ke Sabah.

“Kalau kita dapat sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan saya percaya persiapan kita akan lebih baik kalau tidak sudah tentu menyukarkan kita. Tahulah sebulan latihan tanpa perlawanan bermutu tinggi menyukarkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ketika ditanya mengenai kekuatan dan keseluruhan mengenai pasukan Macarthur, Kim Swee mengakui pasukan itu memiliki banyak kelebihan berbanding Sabah yang disifatkan sebagai pasukan ‘underdog’.

“Kalau kita lihat liga mereka tidak berhenti dan masih berjalan walaupun Piala Asia berlangsung sekarang. Mereka juga berada di kedudukan keempat di A-League ketika ini.

“Bagi saya, mereka sudah tentu tidak banyak masalah daripada segi persiapan, dalam masa sama bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan kepada Macarthur.

“Untuk saya ini sebagai satu cabaran dan sebagai underdog ia tidak meletakkan tekanan yang tinggi namun kita akan cuba, apabila layak ke separuh akhir sudah tentu mahu mendapatkan keputusan positif dan akan bermain di Likas jika ke peringkat akhir,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya