Datuk palsu minta rasuah direman enam hari - Utusan Malaysia

Datuk palsu minta rasuah direman enam hari

DATUK palsu (dua, kiri) dan orang tengahnya (dua, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pengarah syarikat pengiklanan dengan gelaran datuk palsu,
ditahan reman selama enam hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM92,500, empat tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 62 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman sehingga Ahad depan itu dikeluarkan bagi membolehkan pihak SPRM melakukan siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sharifah Amirda Shasha turut membenarkan reman bagi tempoh sama terhadap seorang individu yang berusia 57 tahun yang dipercayai menjadi orang tengah.

Semalam, media melaporkan kedua-dua suspek ditahan secara berasingan di Batu Caves, Selangor dan Kuantan, Pahang.

Menurut sumber, suspek berusia 62 tahun itu meminta dan menerima rasuah sebagai balasan melantik sebuah syarikat menjadi subkontraktor untuk kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di sekitar daerah Dungun.

Suspek dikatakan menerima sogokan tersebut daripada pemilik syarikat yang dilantik bagi projek bernilai RM2.5 juta itu pada 2020.

Sumber berkata, difahamkan projek tersebut tidak wujud, bagaimanapun wang rasuah itu diterima suspek menerusi akaun pihak ketiga.

Menurutnya, suspek dikatakan telah ditawarkan projek berkenaan melalui sebuah kementerian Kerajaan Persekutuan meliputi kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di seluruh negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya