Siapa pun anda, rasuah tetap salah

Siapa pun anda, rasuah tetap salah

SAMA ada anda berpangkat besar atau kecil, amalan rasuah adalah salah di sisi undang-undang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKATAAN rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah.

Rasuah bermaksud memberi sesuatu sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ia diberikan kepada orang tertentu yang tidak layak menerimanya.

Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu. Sedangkan pada hakikat, orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu.

Kisah Riwayat Jerung dan Ikan Bilis sebenarnya perumpamaan antara golongan yang mengambil rasuah. Golongan jerung gigi besi ini sebenarnya susah sikit nak tangkap. Dia punya menggelupur boleh tenggelam bot penangkap ikan. Akan tetapi ikan bilis mudah ditangkap, tak menggelupur pun. Tak kira lah kamu jerung gigi besi, ikan bilis tiada gigi ataupun sotong, perbuatan tersebut tetap salah.

Sekarang ini, menurut perhatian saya sebagai pegawai badan berkanun. Pelajar-pelajar sekolah harus difahamkan apa itu rasuah dan kesannya pada negara di masa akan datang kerana merekalah pewaris negara ini.

Ikut sejarah, runtuh Kota Melaka kerana rasuah, runtuhnya sistem pemerintahan khalifah Uthmaniah di Istanbul pada 3 Mac 1924 juga kerana rasuah. Akhir zaman jangan tak tahu, dajjal sebenarpun akan tawarkan rasuah bagi orang yang ingin menjadi pengikutnya.

Sampai bila nak hidup seperti musang berbulu ayam. Lambat laun sampai masa kena juga. Ketika itu anda dan keluarga yang malu. Ini baru hukum dunia. Belum hukum di alam satu lagi.

Fikir fikirlah. Sesungguhnya niat tak mungkin menghalalkan cara memilikinya. – UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH
Tanjung Kling, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×