Waspada ancaman Kedah - Cheng Hoe

Waspada ancaman Kedah – Cheng Hoe

SELANGOR akan menurunkan barisan terkuat pada pertemuan menentang PDRM esok -IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mahu para pemainnya berwaspada dengan kekuatan yang dimiliki skuad Kedah Darul Aman FC (KDA FC), khususnya ketika mereka beraksi di laman sendiri di Stadium Darul Aman.

Selain itu, Cheng Hoe juga mahu anak-anak buahnya memberikan fokus sepenuhnya pada aksi malam ini bagi memastikan Gergasi Merah berjaya meraih keputusan positif, sekali gus merealisasikan impian layak saingan Piala AFC musim depan.

“Secara keseluruhan persiapan dalam latihan dua tiga hari ini cukup baik dan semua pemain bebas dari kecederaan dan penggantungan. Ada pemain yang sedikit keletihan selepas bersama skuad kebangsaan tetapi kini mereka semakin baik.

“Saya harap mereka mampu berikan prestasi terbaik dalam aksi menentang Kedah nanti. Ia bukan satu perlawanan yang mudah dan cukup getir apabila berhadapan lawan di hadapan penyokong yang ramai yang akan jadi motivasi buat mereka.

“Kita mahu dapat keputusan positif dan yang paling penting adalah fokus pemain dalam perlawanan ini. Kedah sangat bahaya seperti yang mereka tunjukkan ketika bertemu JDT (Johor Darul Ta’zim) di mana mereka dapat jaringkan tiga gol.

“Mereka jaringkan tiga gol ke atas pasukan yang cukup baik ketika itu, jadi kami perlu berwaspada dari minit pertama hingga tamat perlawanan,” katanya.

Ditanya sama ada Selangor tertekan dengan harapan menggunung penyokong yang mahu melihat pasukan beraksi di pentas Asia musim depan, Chen Hoe berkata, dia tidak menganggap keterujaan penyokong itu sebagai satu tekanan.

“Ianya bukan tekanan untuk ke Asia sebaliknya satu cabaran kerana bukan mudah menghadapi musim yang panjang dan kami juga mahu tunjukkan peningkatan prestasi setiap pemain dalam pasukan,” katanya.

Kemenangan malam ini akan menjamin tempat Selangor ke Piala AFC, tetapi sekiranya tewas mereka perlu menunggu perlawanan terakhir menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dalam pada itu, Kedah pula mengharapkan kemenangan dalam dua aksi terakhir Liga Super untuk menjejakkan kaki ke saingan Piala AFC, dengan perlawanan terakhir mereka adalah menentang Sabah di Stadium Likas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya