Perak nafi dapat khidmat pemain JDT

Perak nafi dapat khidmat pemain JDT

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC menafikan spekulasi telah mendapatkan khidmat dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli serta pemain pertahanan Adam Nor Azlin bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2024 tahun hadapan.

Penafian itu dibuat oleh Ketua jurulatihnya Yusri Che Lah kerana tiada sebarang perbincangan rasmi dilakukan berhubung perkara tersebut.

“Perkara ini hanya bersifat khabar angin. Saya tak boleh mengesahkannya dan kita tak mahu bertindak terburu-buru kerana liga (Malaysia) pun hanya akan bermula pada April tahun depan.

“Jadi apa yang saya boleh katakan di sini belum diadakan sebarang perbincangan dan kalau ada sekalipun ia diharapkan sesuatu yang positif.

Di pihak saya, kita tak mahu beri bayangan kerana belum tahu dimana pengakhiran yang akan berlaku,”katanya.

Sebelum ini, wujud desas-desus di media massa yang mengaitkan Haziq yang beraksi di posisi penjaga gol serta Adam di bahagian pertahanan akan membawa haluan ke Perak atas status sebagai pemain pinjaman.

Antara faktor utama penghijrahan kedua-dua bekas pemain kebangsaan ini kemungkinan besar berlaku disebabkan faktor prestasi serta kekurangan minit permainan bersama skuad utama JDT.

Yusri berkata meskipun optimis akan ada pemain baru yang bakal dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan namun segala-galanya bergantung kepada bajet daripada pihak pengurusan.

“Semuanya tertumpu kepada bajet daripada pihak pengurusan. Jika ada (bajet) maka tiada masalah untuk kita memiliki mana-mana pemain yang dirasakan sesuai untuk pasukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN