Pemain Kelantan United mula terima bayaran gaji-Indra Putra

Pemain Kelantan United mula terima bayaran gaji-Indra Putra

INDRA Putra Mahyuddin (tengah) bergambar bersama barisan pemain Kelantan United musim ini.-IHSAN FB Kelantan United
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemain Kelantan United yang sebelum ini berdepan masalah tunggakan gaji menarik nafas lega apabila pengurusan pasukan mula melunaskan bayaran tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Indra Putra Mahyuddin berkata, dia dan rakan sepasukan mula menerima gaji daripada pihak pengurusan melibatkan sebahagian Ogos serta bayaran penuh untuk September.

“Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan yang telah menyelesaikan bayaran tunggakan walaupun dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Ini membuktikan pihak pengurusan tidak lepas tangan, sebaliknya sentiasa komited dalam menjaga kebajikan barisan pemain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Kelantan United ‘hutang’ lima bulan gaji pemain tempatan.

Situasi itu menyebabkan kereta perlu disorok, dihalau keluar daripada rumah sewa dan terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga untuk bertahan hidup, itu situasi yang perlu dihadapi oleh pemain tempatan Kelantan United selepas tidak dibayar gaji sejak Ogos lalu.

Bagaimanapun, pengurusan Kelantan United sebelum itu telah menyelesaikan tunggakan gaji melibatkan pemain import sekali gus menimbulkan rasa kurang senang tonggak tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Abdul Aziz ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pihaknya akan melunaskan semua bayaran baki tunggakan gaji pemain dalam masa terdekat.

Katanya, pihak pengurusan tidak pernah berdiam diri atau mengambil pendekatan mengunci mulut berkait masalah tersebut.

“Insya-Allah, seboleh-bolehnya kami mahu menutup musim ini dengan cemerlang iaitu bebas dari hutang dengan pemain,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya