Faisal tunggu 'lampu hijau'

Faisal tunggu ‘lampu hijau’

KECEDERAAN Faisal Halim belum pulih sepenuhnya dan masih menjalani rawatan susulan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi, namun bergantung kepada pemeriksaan doktor pakar esok (Khamis).

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Bolasepak Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pemeriksaan itu dibuat bagi melihat perkembangan pemain itu selepas menjalani pembedahan keempat yang dilakukan ke atasnya, Isnin lalu.

“Pembedahan keempat makan masa lama sikit sehingga enam jam di mana prosedur ‘skin grafting’ dijalankan. Kulit diambil daripada beberapa bahagian badan Faisal dan ditampal pada lengan kiri dan badan dia.

“Alhamdulillah prosedur berjalan lancar, ini pun rezeki Faisal. Apa yang berlaku selepas ini dokor pakar akan pantau Faisal, tidak salah saya esok dia akan dinilai dan daripada situ kita tahu bila Faisal akan keluar,” katanya selepas melawat Faisal di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr. Muhammad Hazwan Khair menjelaskan pembedahan keempat ini menjadi prosedur terakhir namun segala keputusan akan ditentukan oleh pakar yang merawat Faisal.

Dalam pada itu, Shahril Mokhtar memaklumkan prosedur skin alograf yang dijalankan ke atas pemain kelahiran Pulau Pinang itu berjaya apabila kulit tiruan berjaya mengeluarkan sebahagian besar cecair asid di badannya.

“Kulit beberapa bahagian badan yang ditampal di bahagian luka Faisal juga dilihat bertindak balas dengan baik.

“Doktor pakar yang merawatnya menjangkakan Faisal pulih semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Jadi, pasukan perubatan FAS, pihak hospital dan Institusi Sukan Negara (ISN) akan merangka pelan pemulihan (rehabilitasi) kepada Faisal bagi membolehkan dia betul-betul cergas untuk beraksi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN