Lelaki Malaysia diculik, dibunuh selepas bayar tebusan RM330,000

Lelaki Malaysia diculik, dibunuh selepas bayar tebusan RM330,000

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berjaya membantu pihak berkuasa Filipina menyelesaikan kes penemuan mayat lelaki warga Malaysia selepas diculik di Manila pada Oktober lalu.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima permohonan daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk bantuan analisis terhadap aliran transaksi ke dalam cryptowallet dipercayai milik seorang suspek pada 9 November lalu.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada 24 Oktober lalu apabila pihak polis Manila menerima aduan daripada seorang rakyat Malaysia yang memaklumkan adik lelakinya yang bekerja di Manila telah diculik oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.

“Kumpulan penculik tersebut kemudiannya telah meminta wang tebusan sebanyak RM330,000 dan wang tersebut kemudiannya telah dibayar melalui aplikasi cryptowallet USDT.

“Bagaimanapun, pada 23 Oktober 2023, pihak berkuasa Filipina (PNP) telah menerima laporan tentang penemuan mayat seorang lelaki di San Simon, Pampanga dipercayai lelaki warga Malaysia tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Menurut Ramli, berdasarkan analisis dijalankan telah berjaya mengesan aliran transaksi mata wang kripto tersebut yang dipindahkan ke satu ‘exchange’ yang tidak didaftarkan di Malaysia.

Jelasnya, hasil maklumat yang diterima daripada ‘exchange’ tersebut turut mendedahkan identiti enam suspek warga asing yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan tersebut.

“Kesemua maklumat tersebut telah diserahkan kepada pihak polis Manila untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli berkata, itu antara kejayaan sejak penubuhan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency pada 2018.

“Makmal tersebut yang berfungsi untuk menganalisis transaksi berkaitan mata wang kripto turut menjadi makmal tunggal di Asia Tenggara.

“Sejak memulakan operasi, makmal ini telah menjalankan analisis terhadap 532 e-wallet melibatkan nilai kira-kira RM1 billion,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya