UMK, kerajaan negeri, swasta perlu kerjasama bangun Kelantan

UMK, kerajaan negeri dan swasta perlu jalin kerjasama bangunkan Kelantan-Tengku Mahkota Kelantan

TENGKU Muhammad Fa-iz Petra (tengah) semasa berangkat mencemar duli ke majlis Istiadat Konvokesyen UMK Ke-13 di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertitah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kerajaan Kelantan dan pihak swasta dapat bekerjasama dalam konteks pembangunan negeri ini.

Baginda yang juga Pro-Canselor UMK bertitah, sekiranya ketiga-tiga pihak itu dapat memaksimumkan potensi menerusi keupayaan masing-masing ia sekali gus dapat memberi manfaat yang signifikan kepada kesejahteraan rakyat jelata.

“UMK mempunyai bidang kepakaran, kerajaan negeri ada sumber manakala pihak swasta boleh menyediakan dana pelaburan.

“Semua pihak perlu memperlihatkan semangat dan rasa kecintaan kepada UMK,” titah baginda sempena Istiadat Konvokesyen  UMK Ke-13 di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok,di sini hari ini.

“Misalnya, para korporat Kelantan yang berjaya dalam pelbagai bidang boleh menjadikan agenda waqaf dan endowment sebagai wadah untuk menyumbang semula kepada masyarakat menerusi pembangunan infrastruktur universiti.

“Sehubungan itu, beta turut berpendapat bahawa sumber-sumber sedia ada seperti tanah perlu dioptimumkan penggunaannya,” titah baginda. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya