Selangor didenda RM83,000, JDT RM 30,000

Selangor didenda RM83,000, JDT RM 30,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengenakan denda berjumlah RM83,00 kepada Selangor dan pegawainya manakala Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pula sebanyak RM 30,000.

Hukuman itu dikenakan selepas kedua-dua pasukan berkenaan melanggar peraturan dan Kod Tatatertib yang ditetapkan FAM.

Tindakan itu diambil bagi memberi pengajaran dan berharap tidak akan mengulangi perkara sama pada masa akan datang.

Jumlah RM83,000 yang dikenakan ke atas Selangor melibatkan enam kesalahan yang dilakukan manakala JDT pula berdepan hukuman berkenaan ekoran dua perlanggaran Kod Tatatertib FAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN