Pengalaman luas 'Abah' masih diperlukan

Pengalaman luas ‘Abah’ masih diperlukan

Muhyiddin
MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sifat ‘Abah’ dan pengalaman yang luas dalam kepimpinan punca Bersatu perlu mempertahankan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tidak melepaskan kepemimpinannya kepada pemimpin lain pada waktu yang getir sekarang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Srikandi Muda Bersatu, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, kepimpinan dan pengalaman yang ada pada beliau sangat diperlukan pada waktu getir sekarang dan parti perlu mempertahankan beliau agar tidak melepaskan kerusi presiden Bersatu.

“Kami bukan tidak ada pemimpin lain tetapi sikap perwatakannya yang prihatin seperti abah dan pengalaman yang luas dalam kepimpinan sebab itu lah kami mahu beliau mempertahankan kerusi presiden.

“Tan Sri (Muhyiddin) juga mempunyai aura ‘abah’ yang diperlukan oleh masyarakat, belia dan anak-anak muda yang mampu menarik undi-undi belia,” katanya

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ditegaskan masih lagi diperlukan untuk mengemudi Bersatu sebagai presiden walaupun beliau sebelum ini memaklumkan enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan tahun hadapan.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, selain Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan kepemimpinan lain, para perwakilan juga sebulat suara menolak cadangan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk berundur.

“Apa alasan yang diberikan, kami para perwakilan yang ada pada hari ini tidak mahu mendengar apa alasan sekali pun bahawa yang penting dalam perjuangan ini adalah kepemimpinan.

Maka, kepemimpinan yang ada dengan Tan Sri (Muhyiddin) melambangkan parti yang kita sayangi ini, teruskan perjuangan dan kami tetap mahukan Tan Sri,” katanya ketika berucap dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu Keenam 2023.

Nurul Fadzilah berkata, ramainya yang boleh menerajui kepimpinan seperti yang disebutkan presiden dalam wawancara baru-baru ini seperti Datuk Seri Hamzah Zainudin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Dr. Radzi Jidin tetapi waktu sekarang kami memerlukan beliau.

“Pemuda yang ada dalam parti bukan tidak mampu memimpin tetapi pada waktu sekarang kita memerlukan pemimpin yang berpengalaman dalam memimpin negara mahupun parti.” katanya.

Nurul Fadzilah juga menafikan bahawa pemimpin-pemimpin muda yang berada dalam bersatu tidak mampu untuk memimpin parti itu dan menarik pengundi-pengundi belia.

“Kalau kita tengok undi belia yang lalu dalam pilihan raya, hampir semua yang pergi mengundi memilih pemimpin belia dari Perikatan Nasional.” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya