Pembangkang tunggang isu Palestin ketika dunia berduka

Pembangkang tunggang isu Palestin ketika dunia berduka

palestin
RAZEEF-RAKIMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak pembangkang di negara ini didakwa menggunakan isu Palestin untuk kepentingan politik mereka termasuk menabur fitnah terhadap kepimpinan negara yang lantang memperjuangkan konflik di Asia Barat itu.

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Razeef Rakimin berkata, ketika seluruh dunia berduka, pembangkang di Malaysia pula mengambil kesempatan melakukan propaganda murahan termasuk kononnya bacaan doa tidak dibenarkan di sekolah walaupun Malaysia adalah negara pertama menganjurkan ‘Minggu Solidariti Palestin’ walaupun berdepan banyak tentangan.

“Hari ini seluruh dunia berduka atas kekejaman yang dilakukan oleh tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Angka korban akibat kekejaman itu telah meragut lebih 10,000 jiwa yang mana 70% daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita.
“Saya melihat aksi solidariti dari seluruh dunia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Seluruh dunia menentang kekejaman dan meminta Palestin untuk diberikan kebebasan.
“Namun situasi berbeza dengan negara ini yang mana pihak pembangkang setiap hari menuduh Perdana Menteri sebagai ejen Israel serta cuba menunjukkan seolah mereka adalah yang ‘terpaling berjuang’ untuk Palestin.
“Bukan sahaja pimpinan malah sehingga ke anggota bawahan menyebarkan fitnah sama setiap hari seolah fitnah adalah rutin bagi mereka yang memperjuangkan bangsa dan agama.
“Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan pemipin yang paling lantang menentang kekejaman Zionis. Kelantangan beliau bukan sahaja di pentas solidariti dan parlimen, malah hingga ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.
Kata Razeef, Perdana Menteri juga memainkan peranan penting untuk berbincang dengan beberapa pemimpin negara luar berkenaan isu Palestin termasuk usaha menghantar pasukan perubatan, bekalan makanan dan pasukan pendamai.
Katanya, hasil usaha tersebut nampak berhasil selepas semua pemimpin dunia yang beliau temui bersetuju dan Malaysia menjadi antara negara awal dibenarkan masuk menghantar bantuan kemanusiaan.
“Namun atas kejayaan besar ini pihak pembangkang masih dengan propaganda murahan dengan memainkan sentimen agama
“Malaysia juga membenarkan aksi solidariti dari pelbagai pihak samada kerajaan mahupun pembangkang tanpa sebarang sekatan serta membawa penyatuan untuk menyuarakan penindasan Israel terhadap Palestin.
“Saya menggesa pihak pembangkang untuk menghentikan propaganda jijik ini. Ini bukanlah isu agama semata tetapi ia melibatkan nyawa manusia. Lebih 7,000 wanita dan kanak-kanak terkorban. Hospital, sekolah dan pusat perlindungan turut dimusnahkan dengan bom. Ada sekolah yang menamatkan sesi persekolahan awal kerana semua anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan telah syahid.
“Hentikanlah tunggang isu demi kepentingan politik ketika masih ramai kanak-kanak dan wanita dibunuh di sana,” katanya. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×