KOTA KINABALU: Mungkin akan ada lagi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong Perdana Menteri selepas ini. Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata, beliau tidak pasti jika ada lagi yang akan beralih sokongan namun, sekiranya terbukti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi peruntukan maka, mungkin akan ada. “Ahli Parlimen memerlukan peruntukan dan saya telah menerima secara pro-rate. Selepas saya isytihar sokongan pada 30 Oktober, saya…