Misi Azizulhasni buru tiket ke Paris bermula tahun depan

Misi Azizulhasni buru tiket ke Paris bermula tahun depan

SHAH Firdaus Sahrom (kanan) dan Azizulhasni Awang telah membuat perancangan dan berusaha gigih untuk memburu slot ke Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, berpuas hati dengan prestasi Datuk Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sharom dalam misi memburu tempat ke Olimpik Paris 2024.

“Kami hampir separuh daripada proses kelayakan dan kami berada dalam situasi yang baik untuk mendapat dua tempat ke Olimpik Paris,” katanya.

Tambah jurulatih dari Australia itu, berkata program ‘Road to Gold’ (RTG) turut membantu Azizulhasni dalam proses pemulihan selepas terlibat dalam kemalangan ketika sesi latihan yang menyaksikan dia terpaksa melupakan aksi di Sukan Asia Hangzhou.

“RTG telah menerangkan tindakan yang perlu dilakukan, dan kami hanya perlu mengikuti segala proses yang ditetapkan.

“Ini adalah contoh yang bagus tentang bagaimana program berprestasi tinggi harus berfungsi dalam membantu mereka yang meraih kejayaan dan pencapaian tinggi,” jelas Beasley.

Disebabkan layanan berkelas dunia yang diterima Azizulhasni, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang mengalami kecederaan pinggul dan lebam, kembali menjalani latihan ringan hanya beberapa hari selepas kemalangan itu.

Pelumba kelahiran Terengganu itu, kini menduduki tempat ketiga dan keenam dalam ranking dunia keirin serta pecut.

Dalam pada itu, Shah Firdaus pula menduduki tempat ke-12 dan ke-19 dalam kategori keirin dan pecut.

Azizulhasni berpeluang mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik kelimanya pada aksi kelayakan iaitu Piala Negara-Negara 1 & 2 di Adelaide, Australia dan Hong Kong masing-masing pada Februari dan Mac.

Shah Firdaus, pada masa yang sama, akan meletakkan sasaran untuk penampilan kedua Olimpik menerusi kedua-dua acara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya