Maritim Malaysia perkukuh kerjasama negara ASEAN keselamatan perairan

Maritim Malaysia perkukuh kerjasama negara ASEAN keselamatan perairan

KEPTEN Jirapong Apichatwong RTN mengadakan kunjungan hormat ke atas Hamid Mohd. Amin di ibu pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Agesi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meningkatkan kerjasama dua hala antara agensi-agensi di rantau ASEAN melibatkan pelbagai bidang terutama usaha menangani jenayah maritim, perkongsian maklumat perisikan dan siasatan.

Kerjasama itu dilaksanakan melalui pertemuan dan siri kunjungna hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Hamid Mohd. Amin dengan beberapa wakil kedutaan di rantau ASEAN.

Maritim Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama antara negara turut tertumpu kepada potensi di masa hadapan dalam konteks pembangunan kapasiti seperti latihan, perkongsian ilmu pengetahuan, perpindahan teknologi dan kepakaran.

“Perbincangan turut meliputi usaha berterusan dalam pemerkasaan Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sebagai pusat kecemerlangan bagi pegawai penguat kuasa maritim di rantau ini.

“Intipati perbincangan lain ialah mengenai trend jenayah semasa, situasi jenayah maritim dan cabaran-cabaran di dalam kawalan sempadan negara termasuk berkongsi konsep operasi, serta pengalaman di dalam menangani jenayah di laut,” katanya hari ini.

HAMID Mohd. Amin berbincang bersama Katsuhiko Takahashi.

Antara wakil kedutaan yang hadir pada pertemuan itu ialah Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN; Duta Besar Jepun, Katsuhiko Takahashi dan Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Shivakumar Nair di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini.

Melalui kunjungan hormat ini, Maritim Malaysia berharap menjadi langkah positif dalam memperkukuhkan lagi hubungan di antara Malaysia dan negara-negara terbabit di dalam konteks keselamatan maritim.

Pihaknya turut mengalu-alukan kunjungan hormat daripada perwakilan negara-negara serantau lain dalam usaha membina kerjasama lebih erat bagi menjaga dan melindungi keamanan serta kedaulatan laut di rantau ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya