PETALING JAYA: KJTS Group Berhad (KJTS) dan anak syarikatnya yang merupakan penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura, mengumumkan kelulusan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia). Menerusi penyenaraian itu Syarikat bersedia untuk menawarkan sejumlah kira-kira 218.03 juta saham biasa baharu, mewakili 31.69% daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 688 juta saham biasa, dalam tawaran awam permulaan (IPO) akan datang. Sejak tahun 1984, Kumpulan…