Institut Juruaudit Dalaman lancar SORMIC 2025, tingkat tadbir urus

Institut Juruaudit Dalaman lancar SORMIC 2025, tingkat tadbir urus

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM) melancarkan Panduan Kenyataan Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman (SORMIC) 2025 bagi memperkukuh amalan tadbir urus dan pengurusan risiko di dalam syarikat.

Panduan SORMIC 2025 telah diselaraskan dengan keperluan Indeks Bursa Malaysia, kod tadbir urus korporat Malaysia serta piawaian global.

Presiden IIAM, Suhailah Mohamed Abdulla berkata, pelancaran panduan tersebut merupakan pencapaian penting hasil kerjasama antara IIAM dengan Bursa Malaysia.

“Panduan ini mencerminkan usaha advokasi IIAM dalam mengintegrasikan pengurusan risiko, tadbir urus dan kawalan dalaman ke dalam syarikat bagi mengurangkan risiko serta meningkatkan keyakinan pelabur,” katanya semasa Persidangan Konfederasi Asia Institut Juruaudit Dalaman (ACIIA) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Suhailah berkata, walaupun pelaksanaan panduan itu tidak diwajibkan, namun ia menyediakan pelan tindakan berstruktur untuk syarikat.

“Ia sekadar pematuhan, panduan ini membolehkan syarikat membuktikan akauntabiliti dan tahap kesiapsiagaan mereka kepada pelabur terutama ketika kredibiliti tadbir urus menjadi faktor penentu daya saing,” katanya.

Persidangan ACIIA 2025 menghimpunkan lebih 1,500 delegasi dari 26 negara.

IIAM turut bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara untuk membantu empat juruaudit sektor awam memperoleh pengiktirafan CIA melalui program bimbingan dan pemantauan bersama ahli lembaga IIAM serta pemegang CIA.

Persidangan ACIIA 2025 dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin global serta antarabangsa dalam bidang audit dalaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN