Kelantan FC catat sejarah baharu dalam Liga Super

Kelantan FC catat sejarah baharu dalam Liga Super

ANTARA barisan pemain Kelantan FC untuk musim 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pernah bergelar gergasi Pantai Timur suatu ketika dahulu dan menjuarai Liga Super sebanyak dua kali iaitu 2011, 2012, tetapi kini Kelantan FC hanyalah pasukan belasahan dalam saingan musim ini.

Berdepan pelbagai masalah terutama tunggakan gaji menyebabkan prestasi mereka terus merosot, selain dibarisi pemain-pemain muda yang kurang berpengalaman dalam kancah liga utama tempatan berkenaan.

Lebih malang, musim ini Kelantan FC memahat sejarah baharu dengan menjadi pasukan dibolosi 102 gol dalam 23 aksi Liga Super setakat ini.

Angka itu hadir selepas mereka tewas 0-7 kepada Sabah FC pada perlawanan di Stadium UiTM, semalam walaupun saingan Liga Super masih lagi berbaki tiga perlawanan.

Selepas ini Kelantan FC bakal melayani kunjungan Kedah pada 26 November, disusuli aksi menentang PDRM FC (10 Disember) dan menutup kempen Liga Super musim ini berdepan Kelantan United (17 Disember).

Dengan berbaki tiga perlawanan lagi, angka 102 gol yang dibolosi dijangka bertambah dan Kelantan FC bakal menjadi pasukan pertama melepaskan jumlah gol terbanyak sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004

Kekalahan terbesar dicatat Kelantan FC dalam saingan liga adalah ditangan Selangor iaitu 11-2 pada 25 Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya