Gaza terkini: Tentea Israel sasar panel solar

Gaza terkini: Tentera Israel sasar panel solar yang menjadi satu-satunya sumber elektrik di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Penduduk kini hanya bergantung pada panel solar dan janakuasa sejak Israel menyekat semua bekalan kuasa dan bahan api ke wilayah yang dikepung minggu lalu.

Bagaimanapun, seperti yang telah dilaporkan hari ini, penduduk mengatakan terdapat peningkatan dalam serangan Israel turut menyasarkan kemudahan tersebut.

“Dengan serangan udara terkini, tentera Israel telah menyasarkan panel solar, penjana,” kata Hind Khoudary, seorang wartawan yang berpangkalan di Gaza City, kepada Al Jazeera.

“Saya melihat beberapa sasaran [dirosakkan] dengan mata saya sendiri – [pasukan Israel] hanya menyasarkan panel solar yang diletakkan di atas bumbung bangunan,” katanya.

“Ini adalah satu-satunya cara rakyat Palestin di Gaza boleh mendapatkan sumber elektrik. Mereka mengecas telefon mereka, mereka cuba menyambung ke dunia.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya