Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat

Bilangan mangsa banjir di Perak meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 307 orang daripada 90 keluarga setakat pukul 2 petang ini.

Jumlah tersebut meningkat daripada 299 orang daripada 87 keluarga yang berada ke tiga PPS iaitu sebuah di daerah Hilir Perak dan dua di Kerian, pada pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, penduduk paling ramai terlibat dalam bencana itu adalah di Kerian apabila seramai 154 daripada 43 keluarga berada di dua PPS.

Katanya, seramai 97 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu.

“Bagi PPS di SK Changkat Lobak dan SK Alor Pongsu, mangsa banjir yang dipindahkan ke sana merupakan penduduk dari Kampung Matang Tengah, Kampung Changkat Lobak, Kampung Beriai, Kampung Selekoh, Kampung Parit Air Hitam 2 dan Kampung Parit Air Kalang. 

“Sehingga pukul 2 petang ini, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir dan ditempatkan di kedua-dua PPS itu masih kekal,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi daerah Hilir Perak, seramai 153 mangsa daripada 47 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

Katanya, jumlah tersebut bertambah seramai lapan orang daripada tiga keluarga berbanding yang direkodkan pada pukul 8 pagi.

“Bagi PPS di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu sudah berkurangan namun masih belum ditutup secara rasmi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya