Saya sangat bersyukur dapat gangsa

Saya sangat bersyukur dapat gangsa

AZEEM Fahmi menjadi pilihan untuk mengisi slot wildcard ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi meluahkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan penantian 41 tahun negara dengan meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) lelaki dalam Sukan Asia Hangzhou kelmarin.

Azeem,19, berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan masa 10.11 saat (s) sekali gus menutup kemarau pingat sejak Sukan Asia 1982 semasa Malaysia memenangi emas menerusi Datuk Rabuan Pit.

Dalam catatannya di Instagram, Azeem meluahkan kegembiraannya dan mengakui bahawa perjuangannya itu bukanlah mudah namun semuanya berjalan dengan baik berdasarkan kebergantungannya kepada Allah.

“Tiada kata-kata. Saya lebih daripada bersyukur untuk pingat gangsa ini. Perjalanan ini sangat mencabar tetapi kita percaya kepada perancangan Allah.

“Selepas 41 tahun, saya akhirnya membawa semula Malaysia ke senarai (terbaik) Asia. Ini hanyalah permulaan, lebih banyak lagi yang akan datang dan berusaha untuk kelayakan Sukan Olimpik 2024.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam perjalanan ini. Pingat ini saya hadiahkan buat semua yang menyokong dan mendoakan saya sehingga hari ini. Alhamdulillah,” tulisnya.

Sebelum beraksi di Hangzhou, atlet kelahiran Perak itu telah menjalani beberapa siri kejohanan besar tahun ini antaranya Olahraga Asia 2023 di Bangkok (Julai) dan Olahraga Dunia 2023 di Budapest (Ogos).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya