PCOM minta seluruh ummah terus sokong Palestin,

PCOM minta seluruh ummah terus sokong Palestin, kecam jenayah perang Israel

gaza
KANAK-KANAK antara yang menjadi mangsa serangan balas Israel di Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menyeru seluruh umat Islam di dunia menyokong rakyat Palestin mendapatkan hak mereka selepas ditindas lebih 75 tahun oleh rejim Zionis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, PCOM berkata,tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin dengan siri pengeboman di Gaza perlu dikecam sekeras-kerasnya dan ia satu jenayah perang.
“Pembunuhan beramai-ramai secara sistematik oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan orang awam yang tidak berdosa perlu dikecam dan didedahkan kepada umum.
“Rakyat Palestin, seluruh ummah dan dunia menyaksikan sejarah hitam ini yang memerlukan kita semua bersatu dalam menyokong hak rakyat Palestin mempertahankan ketidakadilan, penganiayaan oleh rejim penjajah berlarutan lebih 75 tahun serta membebaskan tahanan Palestin di penjara Israel,” jelas kenyataan itu.
Tindakan pihak yang bersikap pilih bulu serta berpihak kepada rejim zionis, tegas PCOM, tidak boleh diterima sama sekali.
Katanya, masyarakat dunia perlu membezakan antara penjajah dengan pemilik kedaulatan tanah air Palestin.
“Sewajarnya, apa-apa kedudukan atau pendirian yang tidak mengutuk pendudukan Israel, dan hanya pendudukan Israel dan meminta penamatannya dianggap di luar konteks dan mendorong persamaan terang-terangan antara mangsa dan pemangsa, antara yang diduduki dan yang dijajah.
“Ia sama sekali tidak boleh diterima dan tidak relevan memandangkan dasar pelaksanaan tujuan Palestin yang diterima pakai oleh kerajaan pengganas kanan Israel, perang pemusnahan dan pemindahan paksa orang awam di Gaza, perluasan penempatan haram, jenayah harian di Tebing Barat, dan amalan zionis untuk merobohkan Al-Quds dan masjid Al-Aqsa,” tegas PCOM.
PCOM turut mengesa kerajaan Malaysia dan semua pihak termasuk parti politik meningkatkan tahap sokongan terhadap Palestin dan mengecam jenayah rejim zionis dengan segala cara yang ada. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya