Liga Europa: Liverpool catat kemenangan 100 peratus

Liga Europa: Liverpool catat kemenangan 100 peratus

DIOGO Jota meledak gol pembukaan Liverpool ketika menumpaskan Toulouse dalam Liga Europa di Anfield.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool membenam Toulouse 5-1 untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam Liga Europa, manakala Brighton mencatat kemenangan pertama di pentas Eropah selepas mengalahkan Ajax 2-0, awal pagi tadi.

Dalam aksi di Anfield, Diogo Jota meletakkan Reds di depan seawal minit kesembilan, namun Thijs Dallinga menyamakan kedudukan buat juara Piala Perancis, Toulouse tujuh minit berselang.

Bintang tengah Jepun, Wataru Endo menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool menerusibtandukan di minit ke-30, dan Darwin Nunez meledak gol ketiga, empat minit kemudian.

Ryan Gravenberch menjaringkan gol keempat pada separuh masa kedua hasil dari bola lantunan selepas percubaan Nunez ditepis penjaga gol dan terkena tiang.
Mohamed Salah melengkapkan kemenangan 5-1 Reds pada waktu kecederaan.

WATARU Endo meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menumpaskan Toulouse dalam aksi Liga Europa di Anfield awal pagi tadi. – AFP

“Kami mengawal perlawanan sepenuhnya. Kami menyumbat gol yang bagus, tiada siapa yang cedera, malam yang sempurna,” kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Liverpool mengungguli Kumpulan E dengan sembilan mata dan boleh mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir dengan satu lagi kemenangan di Perancis dua minggu lagi.

Mereka kini lima mata mengatasi Toulouse dan kelab Belgium, Union Saint-Gilloise yang meledak dua gol lewat permainan untuk menumpaskan LASK dari Austria 2-1.

BRIGHTON (jersi biru-putih) mencatat kemenangan pertama di pentas Eropah dengan mengalahkan Ajax.

Sementara itu Brighton meraih kemenangan pertama di Eropah apabila menewaskan Ajax 2-0, menambah kesengsaraan kepada kelab yang dilanda krisis selepas jurulatih Maurice Steijn dipecat hanya empat bulan mengendalikan kelab itu.

Ajax yang juga juara Eropah empat kali itu ketinggalan di Stadium Amex sejurus sebelum separuh selepas Joao Pedro menjaringkan gol pertama buat Brighton.

Ansu Fati meledak gol kedua buat tuan rumah pada awal separuh masa kedua dengan anak buah Roberto De Zerbi berada di tempat kedua di belakang pendahulu Kumpulan B, Marseille.

“Kemenangan pertama di Eropah untuk Brighton. Ia adalah hari yang hebat untuk peminat kami, kelab kami, pemilik kami. Kami sangat berbangga untuk memberi mereka hari ini,” kata De Zerbi. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.