JDT enggan pulang tangan kosong, tekad gempur Ulsan Hyundai

JDT enggan pulang tangan kosong, tekad gempur Ulsan Hyundai

CORBIN Ong dan Matthew Davies menjalani sesi latihan.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan pulang dengan tangan kosong apabila berkunjung ke Korea Selatan berdepan Ulsan Hyundai di Stadium Ulsan Munsu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL), malam ini.

Pengendalinya, Esteban Solari berkata, skuad Harimau Selatan berada pada prestasi terbaik selepas berjaya mengutip tiga mata di Thailand ketika menewaskan BG Pathum United sebelum ini dan berharap dapat mengulangi kejayaan di tempat lawan itu.

Walau bagaimanapun, Solari sedar untuk mencapai hasrat itu bukan tugas mudah dan perlu bekerja keras dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam aksi 90 minit itu.

“Pemain diharap dapat mengekalkan rentak kemenangan menjelang pertemuan dengan Ulsan Hyundai. Ini adalah pertemuan yang penting untuk JDT mengukuhkan kedudukan dalam saingan Kumpulan I.

“Walaupun kita berdepan kekangan masa untuk membuat persiapan rapi setelah beberapa pemain terlibat dengan kem skuad kebangsaan, namun pemain bersedia bagi misi mencari kemenangan kedua dalam kempen ACL musim ini.

“Pemain perlu memberi tumpuan penuh dan memanfaatkan setiap peluang yang direncanakan bagi memastikan hasrat mengutip tiga mata menjadi kenyataan,” katanya.

Skuad Harimau Selatan kini berada di kedudukan kedua di belakang kelab Jepun, Kawasaki Frontale setelah meraih tiga mata setelah menewaskan BG Pathum 4-2, pada 3 Oktober lalu.

Solari akan membariskan kesebelasan terbaik menjelang pertemuan itu dan semua pemain berkobar-kobar untuk diturunkan mengikut corak permainan ampuh yang diterapkan.

“Kami tahu memang sukar untuk menentang pasukan juara seperti Ulsan (Hyundai). Mereka ‘juara’ di Korea Selatan.

“Sasaran utama kami adalah untuk mara ke pusingan seterusnya dan kesemua pemain bersedia menggalas tugas itu dengan memberikan aksi terbaik,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN