PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, diskaun dibahagikan kepada tiga ketegori dengan kadar yang telah ditetapkan.
“Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
“Seterusnya diskaun sebanyak 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini. – UTUSAN
INFOGRAFIK
* Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
* Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
* Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.










