Pasaran kewangan domestik kekal teratur - Bank Negara

Bank Negara: Pasaran kewangan domestik kekal teratur

Bank negara
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun volatiliti pasaran kewangan global terus ketara, keadaan pasaran domestik kekal teratur.

Bank Negara Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, hal ini dicerminkan oleh pengantaraan aliran dua hala yang lancar dalam pasaran bon dan ekuiti.

Ringgit terus dipengaruhi terutamanya oleh perkembangan luaran.

Walau bagaimanapun, dedahan risiko pertukaran asing (foreign exchange, FX) dalam sektor korporat dan perbankan kekal terurus.

Hal ini disokong oleh penampan aset mudah tunai mata wang asing bank-bank yang besar serta amalan pengurusan risiko FX yang berhemat oleh syarikat.

Mudah tunai dalam pasaran FX tempatan yang berterusan membolehkan pelarasan yang teratur terhadap perkembangan luaran.

Hal ini akan menyokong perniagaan dan peserta pasaran dalam menguruskan dedahan pertukaran asing dan peruntukan sumber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya