Banjir: Tujuh penduduk Bandar Baharu berlindung di PPS

Banjir: Tujuh penduduk Bandar Baharu berlindung di PPS

ANGGOTA APM Bandar Baharu melakukan pemantauan di kawasan dilanda banjir di Kampung Cherok Meranti, Bandar Baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Seramai tujuh mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Cherok Meranti, Mukim Sungai Batu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Sungai Batu, di sini malam tadi.

Mereka diselamatkan selepas rumah masing-masing terjejas dalam bencana itu berikutan hujan lebat selama lebih dua jam bermula pukul 6  petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu dibuka bermula pukul 9.31 malam untuk menempatkan mangsa banjir.

“Mangsa berpindah selepas kampung mereka dinaiki air sedalam lebih 0.5 meter. Kejadian banjir itu berlaku selepas air dari Sungai Selama melimpah ke kawasan kampung tersebut.

“Keadaan banjir di kawasan itu bertambah buruk selepas berlaku limpahan air dari bukit berhampiran selain sistem perparitan tersumbat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini tiada penambahan mangsa banjir di kawasan terlibat dan paras air semakin surut walaupun paras air sungai masih dalam keadaan bahaya.

Katanya, kawasan penempatan yang turut menghadapi banjir adalah Kampung Sungai Tengas, namun sehingga kini tiada PPS dibuka. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN