Kanak-kanak 7 tahun ditemui berkeliaran di Terminal Putrajaya Sentral, selamat diserah kepada waris

Kanak-kanak 7 tahun ditemui berkeliaran di Terminal Putrajaya Sentral, selamat diserah kepada waris

Usop (tiga dari kanak) diserahkan kepada waris tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh tahun yang ditemui berkeliaran tanpa penjaga di Terminal Putrajaya Sentral, pagi tadi selamat diserahkan kepada warisnya, tengah hari tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi memberitahu, pihaknya berjaya menghubungi waris kanak-kanak itu dan mangsa telah diserahkan sekitar 12 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan menaiki tren MRT dari Stesen Putra Permai, Seri Kembangan seorang diri sebelum turun di stesen MRT Putrajaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kanak-kanak ini tinggal dengan nenek dia di Putra Permai dan keluar mencari ibunya yang menetap di Pandan Jaya,” katanya.

Sebelum ini, tular mengenai hantaran di Threads memaparkan maklumat penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tujuh hingga lapan tahun di Terminal Putrajaya Sentral seorang diri tanpa penjaga.

Ketika ditemui, kanak-kanak yang dikenali sebagai Usup itu ditemui dengan keadaan menggalas beg berwarna merah tanpa arah tuju sebelum ditemui petugas terminal. – UTISAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×