Aiman Athirah santuni anak tunggal pasangan maut nahas motosikal

Aiman Athirah santuni anak tunggal pasangan maut nahas motosikal

Aiman Athirah (kanan) menyantuni dan menziarahi Muhammad Aqil di kediaman keluarganya di Salak Tinggi, Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Muhammad Aqil Mohd Yazid, 7, yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam kemalangan di Desa Pinggiran Putra, Isnin lalu, mendapat perhatian Ahli Parlimen Sepang, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu.

Menurutnya, Muhammad Aqil kini berada di bawah jagaan ibu saudaranya, yang mesra dipanggil ‘Umi’ oleh kanak-kanak itu.

“Saya dimaklumkan kedua-dua arwah baru sahaja pulang menunaikan ibadah umrah bersama Muhammaf Aqil kira-kira 16 hari sebelum kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenangan menunaikan ibadah umrah bersama kedua-dua ibu bapanya itu tentunya menjadi antara memori bermakna buat Muhammad Aqil sebelum mereka pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan kebajikan, pendidikan dan keperluan harian Muhammad Aqil terus mendapat perhatian.

Terdahulu, Aiman Athirah turut menyampaikan sumbangan melalui Inisiatif Kasih Rahmah Parlimen Sepang bagi membantu meringankan keperluan Aqil dan keluarga penjaganya dalam tempoh sukar ini.

Muhammad Aqil yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) KLIA kehilangan bapanya, Mohd Yazid Senin dan ibunya, Nur Wajihah Tomaran selepas terbabit dalam kemalangan pada petang Isnin lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×