Polis buru dua suspek termasuk dalang utama larikan lelaki

Polis buru dua suspek termasuk dalang utama larikan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis masih mengesan dua lelaki termasuk suspek utama yang terlibat dalam kes melarikan seorang lelaki sebelum mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, dekat sini kelmarin.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti barangan yang didakwa dilarikan oleh mangsa yang maut.

“Kita masih siasat apa barang dimiliki oleh mangsa ini sehingga menyebabkan dia dilarikan oleh kesemua suspek,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, mayat penganggur berusia 26 tahun ditemukan kira-kira 12.50 tengah malam dalam sebuah kereta Proton Gen2 di kawasan sebelah Stesen Minyak Petronas, Batu 14, Puchong.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa dilarikan sekumpulan lelaki dipercayai rakannya ketika berada di kawasan PPR Kampung Muhibbah dekat sini pada 3 September lalu sebelum satu laporan dibuat bapa mangsa keesokannya.

Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menahan empat lelaki berusia antara 27 hingga 35 tahun di sekitar Lembah Klang, yang disyaki melarikan mangsa.

Siasatan awal yang dijalankan mendapati motif kejadian ini dipercayai dendam akibat mangsa melarikan barang milik suspek utama yang masih diburu.

Setakat ini, katanya, polis masih memburu dua lelaki termasuk satu suspek utama berusia 40-an yang juga seorang warga asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN