Malaysia galas misi mustahil, belasah Mesir

Malaysia galas misi mustahil, belasah Mesir

Pemain Malaysia Weng Mak Chee (kanan) mengasak pemain Jerman Nowark Steven pada perlawanan antara Malaysia menentang Jerman di Kejohanan Bola Sapak Pekak Dunia di Stadium UM Arena.- UTUSAN/ISKANDAR ISHAK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia kini membawa misi mustahil untuk layak dan perlu menumbangkan pasukan pilihan, Mesir dengan jaringan yang besar dalam aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia (WDFC) di Stadium Arena UM pukul 8.30 malam, hari ini.

Skuad bimbingan Muhammad Haris Lajid itu kini menghuni kedudukan tercorot setelah ditimpa dua kekalahan di tangan Amerika Syarikat (2-3) dan Jerman (0-8).

Perlawanan terakhir Malaysia ialah menentang pendahulu Kumpulan A, Mesir yang masih belum ditimpa kekalahan dan telahpun mara ke peringkat seterusnya.

Hanya satu pasukan terbaik di tangga keempat akan layak ke peringkat 16 terbaik dan Malaysia yang kini mencatat perbezaan jaringan defisit sembilan perlu menang ke atas Mesir dengan jumlah jaringan yang besar.

Malaysia juga berdepan persaingan dengan Australia (-4), Nigeria (-4) dan Thailand (-8) bagi merebut satu slot tersebut kerana ketiga-tiga negara itu mencatat defisit gol yang lebih baik berbanding skuad kebangsaan.

Melihat kepada situasi tersebut, ketua jurulatih, Muhammad Haris mengakui, skuad bimbingannya terpaksa mengharapkan ihsan Mesir dengan harapan lawan mereka itu tidak menurunkan kesebelasan utama.

“Mesir sebuah pasukan yang bagus, kita tidak mempunyai pilihan melainkan berdepan pasukan itu dan mempamerkan persembahan yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum mencatur strategi berdepan Mesir, tugas utamanya ialah memulihkan semangat anak-anak buahnya yang terjejas ekoran kekalahan memalukan di tangan Jerman, kelmarin.

“Saya mungkin akan menukar formasi pasukan sewaktu menentang Mesir nanti, dengan harapan strategi itu menjadi dan berpihak kepada kita.

“Saya akan cuba buat yang terbaik dan apa yang paling penting ialah pulihkan semangat para pemain dan saya juga perlu tonton kembali pertemuan Mesir dan Amerika Syarikat,” ujarnya.

Muhammad Haris juga amat berharap barisan pemainnya dapat mengawal rentak permainan lebih baik dan tidak gopoh ketika melancarkan serangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya