UPM sasar 20 emas di Masum 2023

UPM sasar 20 emas di Masum 2023

KONTINJEN UPM yang akan menyertai karnival Sukan Masum Fasa 1 di USIM pada 14 hingga 20 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan ketiga terbaik dengan sasaran 20 pingat emas di kejohanan sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) 2023.

Sukan Masum Fasa 1 bakal membuka pada 15 hingga 20 Ogos ini di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan dikuti dengan Fasa 2 pada 23 hingga 30 Ogos di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM).

Kontinjen UPM akan menyertai 16 acara iaitu kesemua acara yang dipertandingkan seperti bola keranjang, boling padang, bola tampar, bola baling, sofbol, memanah, taekwondo, menembak, ragbi 15, bola jaring, hoki, petanque, catur, karate, silat dan Basikal MTB.

“Kepada para atlet UPM, saya berharap dengan adanya sasaran pingat yang diberikan ini, akan memberikan cabaran kepada mereka untuk berjuang dan melakukan yang terbaik demi menyumbang pinggat bagi melengkapkan sasaran yang ditetapkan.

Pasukan Bola Baling UPM ke karnival Masum 2023.

“Gunakanlah peluang ini dengan sebaiknya dan janganlah sekadar bertanding atas prestasi selaku wakil universiti semata-mata, tetapi paling penting bersaing bagi melayakkan diri dalam pasukan kebangsaan dan akan membawa cabaran lebih besar di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

“Pihak universiti amat komited dalam usaha melahirkan atlet-atlet UPM yang berpotensi ditonjolkan ke peringkat antarabangsa. Oleh itu saya merasakan karnival Masum adalah platform terbaik bagi atlet-atlet UPM mengukir nama di persada sukan kebangsaan dan antarabangsa,” kata Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Roslan Sulaiman.

Terdahulu, Dr. Mohd Roslan dan Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Madya Dr. Tajularipin Sulaiman menghadiri majlis penyerahan bendera kontinjen UPM ke karnival Masum Fasa 1 di Akademi Sukan UPM.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya