Suami isteri ditahan SPRM siasat salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan SPRM siasat salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan di sebuah jabatan kerajaan dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa sejak 2021 sehingga tahun lalu.

Lelaki tersebut disyaki menyalahgunakan jawatannya dengan memberikan 70 perolehan membaiki kenderaan jabatan bernilai sekitar RM130,000 kepada syarikat milik isterinya.

Suspek turut mengesyorkan kerja pembaikian kenderaan jabatan kepada bengkel milik koperasi yang mana suspek ialah Ahli Lembaga dan Setiausaha Jawatankuasa Perdagangannya.

Difahamkan, kedua-dua suspek berusia lingkungan lewat 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM Terengganu semasa hadir memberi keterangan kira-kira pukul 11 pagi tadi.

SPRM menyiasat kes tersebut mengikut bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Pasangan suami isteri itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, esok, bagi proses permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hazrul Shazreen Abd. Yazid, ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya