Lelaki tikam teman wanita diberkas selepas larikan diri

Lelaki tikam teman wanita diberkas selepas larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki yang menikam teman wanitanya dalam kejadian di sebuah kondominium dekat Bukit Antarabangsa, dekat sini.

Suspek berusia 41 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu ditahan di pekarangan sebuah masjid di Bandar Dato Onn, Johor Bahru, kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Suspek disyaki menikam seorang wanita menggunakan pisau selepas mangsa mahu memutuskan hubungan cinta.

“Lelaki itu turut bertindak memancitkan tayar dan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa ketika wanita berkenaan berada di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan saringan ujian air kencing didapati negatif dadah.

Katanya, suspek direman selama empat hari sehingga 19 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa baru tiba di parkir rumahnya di Bukit Antarabangsa sebelum didatangi bekas teman lelaki kira-kira 2.30 pagi pada 6 Ogos lalu.

Suspek bertindak menikam cermin pada bahagian pemandu menggunakan pisau, namun, tidak berjaya selain turut menoreh tayar hadapan dan belakang sebelah kanan menggunakan pisau.

Lelaki itu kemudian mengambil pemadam api berhampiran lif dan memecahkan cermin hadapan kereta sehingga berlubang sebelum mangsa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa yang panik kemudian berlari keluar dari kereta sebelum dikejar suspek yang menarik bajunya dan menikam di perut serta tangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya