AFF B-23: Malaysia terkulai di tangan Vietnam

AFF B-23: Malaysia terkulai di tangan Vietnam

PENYERANG Negara, Alif Ikmalrizal Anuar dikasari pemain Vietnam dalam aksi separuh akhir Piala AFF B-23 tahun di Stadium Rayong Provincial, Thailand. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara untuk melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama tidak kesampaian selepas tunduk 4-1 kepada Vietnam dalam  separuh akhir Kejohanan AFF B-23  di Rayong, Thailand sebentar tadi.

Keputusan itu juga menyaksikan jurulatih E. Elavarasan mengalami kegagalan buat kali kedua dalam mencapai sasaran yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Terdahulu, skuad sama turut gagal mencapai sasaran ditetapkan pada Sukan SEA Kemboja, Mei lalu apabila tersingkir di peringkat kumpulan biarpun disasarkan untuk mara ke final.

Pada aksi di Stadium Rayong Provincial, Thailand, gawang skuad muda negara dihukum seawal minit kelapan menerusi jaringan Dinh Xuan Tien.

Gawang dikawal penjaga gol negara, Rahadiazli Rahalim sekali lagi dibolosi pada minit ke-32 hasil ledakan Nguyen Quoc Viet.

Sebelum memasuki bilik persalinan, Vietnam sekali lagi menghukum kelemahan benteng pasukan negara menerusi tolakan mudah Xuan Tien untuk mencetak gol kedua peribadinya dan ketiga buat pasukannya pada minit ke-44.

Bersambung babak, skuad muda negara cuba mempamerkan kebangkitan apabila mengejutkan gawang Vietnam menerusi tandukan penyerang, Alif Ikmalrizal Anuar pada minit ke-49.

Gol itu membangkitan semangat skuad negara yang dilihat lebih banyak mengasak pertahanan lawan namun pada minit ke-85, Vietnam berjaya menggandakan gol hasil jaringan Nguyen Hong Phuc.

Malaysia  bukan sahaja tidak pernah merangkul kejuaraan, malah tidak pernah mara ke perlawanan akhir sejak Kejohanan AFF B-23  diperkenalkan pada 2005.

Satu lagi aksi separuh akhir menyaksikan pertembungan Thailand menentang Indonesia malam ini.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN