PSA perkukuh TVET melalui kerjasama dengan Brunei

PSA perkukuh TVET melalui kerjasama dengan Brunei

TVET
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) memeterai kerjasama dengan SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam melalui ‘Agreed Minutes of Meeting’ (AMM) bagi memperkukuh hubungan strategik serantau dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Mohd Zahari Ismail hadir menyaksikan sesi menandatangani dan pertukaran dokumen AMM antara Pengarah PSA Dr. Norhayati Zakaria dan Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam, Alias Abu Bakar yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini.

Menurut Dr. Mohd Zahari, kolaborasi tersebut merupakan komitmen PSA sebagai institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dalam memperkasa kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang TVET merentas sempadan.

“Saya percaya memperluas rangkaian kolaborasi di peringkat serantau dan antarabangsa adalah penting dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) terutamanya bagi mempersiapkan para pelajar dengan tuntutan keperluan guna tenaga global yang sentiasa berkembang,

“Dengan berkongsi kepakaran, mencipta impak transformasi berinovasi tinggi serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, kita boleh memupuk ekosistem TVET yang berdaya saing dan mampan,” katanya.

Sementara itu Alias berkata, SEAMEO VOTECH sentiasa menjalinkan kerjasama erat dengan rakan kolaborasinya untuk menghasilkan program latihan yang berkesan bagi memacu agenda TVET negara anggotanya di Asia Tenggara. 

Turut hadir Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim; Pengarah UTHM Prof. Emeritus Dr. Jailani Md Yunos;, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi JPPKK Dr. Riam a/p Chau Mai dan Timbalan Pengarah  Hal Ehwal Profesional SEAMEO VOCTECH Brunei Darussalam, Dr. Paryono.

Dalam majlis yang sama, UTHM turut menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya