Pengadil sepak takraw buat hal

Pengadil sepak takraw buat hal

PEMAIN-Pemain Penang Black Panthers menjulang Piala Cabaran 2023 selepas menewaskan Perak Bison.-IHSAN FB STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peminat sepak takraw negara kecoh dengan keputusan pengadil ketika perlawanan akhir Piala Cabaran 2023 yang membabitkan pertembungan Penang Black Panthers dengan Perak Bison kelmarin.

Dalam perlawanan yang menyaksikan Penang Black Panthers bergelar juara itu, pengadil perlawanan dan juri (video) didakwa telah melakukan kesilapan yang merencatkan kebangkitan yang ingin dilakukan Perak Bison.

Kesilapan itu berlaku pada pertengahan set kedua ketika pertembungan hebat yang memihak kepada Perak Bison namun, Penang Black Panthers meminta cabaran selepas pengadil mengesan kaki perejam mereka melepasi jaring.

Video rujukan menunjukkan hadangan tekong Perak Bison, Jakkrit Thinbanbong tidak batal dan turut memaparkan kesalahan perejam Penang Black Panthers, Aekasit Naphom namun, yang peliknya keputusan pengadil tetap berpihak kepada skuad Harimau Kumbang itu.

Timbalan Presiden merangkap Ketua Exco Teknikal dan Kepengadilan Persatuan Sepaktakraw Malaysia, Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak dan akan meminta laporan penuh daripada ketua pengadil.

“Pada mulanya pengadil tangkap Aekasit batal sebab kaki melepasi jaring, Zaim (Razali) ‘challenge’ nombor dua dengan mengatakan hadangan Jakkrit batal. Maksudnya, dia kata batal sebelum pengadil kesan kaki Aekasit melepasi jaring.

“Jadi pengadil rasmi hantar ke juri, juri tengok kata kaki melepasi jaring dan mata Penang Black Panthers. Saya rasa mungkin ada masalah komunikasi dalam kalangan pengadil dan juri sebab video ulangan menunjukkan hadangan Jakkrit ‘clear’.

“Apa yang boleh nampak sebenarnya kaki Aekasit yang lebih setengah. Saya tidak tahu, juri bagi keputusan yang betul atau pengadil rasmi yang salah. jadi saya akan minta laporan penuh pengadil rasmi dan ketua juri untuk siasatan lanjut.

“Ini melibatkan mutu kepengadilan PSM, benda salah tetap salah tetapi, saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak kerana mahu siasatan dilakukan terlebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Wan Mohd. Husni juga tidak menolak kemungkinan untuk mencadangkan kepada jawatankuasa tertinggi agar mana-mana pengadil yang melakukan kesilapan dikenakan hukuman termasuk digantung daripada mengadili perlawanan.

“Saya akan cadangkan pengadil yang kerap melakukan kesilapan boleh digantung. Perkara ini perlu dilakukan bagi menjaga nama baik PSM dan kita tidak boleh lagi biarkan orang bantai kita,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Wan Mohd. Husni berkata, PSM tidak menolak kemungkinan untuk melakukan beberapa penambahbaikan untuk ‘challenge’ pada masa akan datang.

“Antara penambahan yang ingin dilakukan PSM adalah meletakkan skrin monitor di bangku simpanan kedua-dua belah pasukan untuk jurulatih masing-masing melihat video ulang tayang dan memberikan dua keping kad untuk setiap pasukan untuk meminta ‘challenge,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya