KV Kortrijk kekal milik Vincent Tan

KV Kortrijk kekal milik Vincent Tan

VINCENT Tan (kiri) ketika menyerahkan jersi KV Kortrijk kepada Luqman Hakim Shamsudin pada 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelab bola sepak Belgium, KV Kortrijk kekal menjadi milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan susulan penjualan saham kelab itu kepada Kaminski Group dikatakan gagal memenuhi syarat.

“Penjualan saham Vincent Tan kepada Kaminski Group secara rasmi dibatalkan. Proses penjualan kelab dihentikan dan Vincent Tan akan terus memberi komitmennya (kepada kelab).

“Sejak beberapa musim sebelum ini, pemilik kelab sudah banyak melakukan pelaburan dalam pelbagai sukan dan bahagian operasi kelab.

“Beliau akan meneruskannya untuk masa yang akan datang seperti pembinaan pusat latihan baru di Kouterveld,” kata kelab itu dalam kenyataan di laman web mereka.

Sebelum ini, Vincent Tan dilaporkan bersetuju melepaskan kelab Belgium itu kepada ahli perniagaan kelahiran Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski.

Kaminski juga turut dikaitkan dengan cubaan memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada tahun lalu, namun gagal direalisasikan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN